August 05, 2008

July 16, 2008

Al-Quran dan Stress

Sebenarnya dalam hidup ini kita sering berdepan dengan pelbagai ragam dan mood diri kita sendiri yang sentiasa berubah.Soalannya di sini adakah kita mampu untuk menjadikan diri kita sentiasa positif?adakah caranya?bagaimana?sumbernya darinya mana kalau ada?Quran atau sunnah?ataupun dari tips2 motivasi dan bina diri dunia barat?

Bagi saya semuanya ada dan boleh digunapakai selagi ianya tidak menyalahi aqidah kita sebagai seorang Islam.Yang pasti dengan mengingati Allah itu akan menenangkan hati.Nabi Muhd(p.u.h) pun masa berdakwah sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dugaan dan ujian.Dengan bantuan dan nusrah dari Allah jugalah baginda dapat bersabar dengan pelbagai ujian dan tribulasi tersebut.

Allah telah menerang di dalam Al-Quran bahawa hati manusia ini keras seperti batu ,tetapi Ia juga menjelaskan bahwa walau sekeras mana sekalipun hati tersebut ianya boleh menjadi lembut seperti titisan air yang jatuh keatas seketul batu yang mana lama kelamaan batu tersebut akan meninggalkan bekas akibat titisan air tersebut.

Jadi bagaimana pula dengan hati kita yang sentiasa gelisah ,tidak tenang dan bergelodak dengan segala perasaan yang tidak menyenangkan yang mana istilah modennya di panggil orang sebagai stress.

Apa yang Al-Quran bagitau kita tentang stress?ada ke kat dalam Quran cerita tentang strees? Ayat berapa dan surah apa?mari kita sama-sama kaji ok.

July 04, 2008

Bagaimana Anda Melihat Dunia

Apa warna yang kamu selalu nampak dalam dunia ni?

hitam?
putih?
atau ada warna-warna yang lain lagi.atau kamu semua hanya nampak warna gembira tanpa sedih.suka tanpa duka.ataupun semuanya warna yang penuh dengan kesedihan,duka nestapa tidak ada yang ceria walau dari apa sudut sekalipun di dunia ini.

sebenarnya memang ada banyak warna dalam hidup ini dan ianya selalu bertukar.
tapi sebenarnya kita boleh menentukan warna apa yang kita mahukan dalam hidup kita ini.
kita yang berupaya mencorakkan dan mewarnai dengan apa warna sekalipun yang kita mahukan.sentiasa hitam mahupun kelabu malahan berwarna-warni seperti pelangi di kaki langit.
cantikkan.

sebenarnya warna kehidupan kita ini dicorakkan oleh bahasa minda kita.kalo kita sentiasa berbahasa positif maka lebih banyaklah warna menarik yang muncul dalam hidup kita.
jika kita memang sentiasa berbahasa minda yang sentiasa negatif seperti; aahh aku malaslah,bosanlah ,pergi mampuslah maka warna kehidupan kita akan sentiasa kelabu dan hitam dan mungkin tidak berwarna langsung.

jadi untuk dapatkan warna kehidupan yang menarik,ubahlah bahasa minda anda seperti ;yeeessss aku hebat. yeeessss aku boleh, go get it.do it dan banyak lagi kata-kata dan bahasa menarik yang boleh digunakan oleh minda kita.

ingat gunakan bahasa minda yang positif untuk dapatkan warna kehidupan yang sentiasa ceria .
Change Your Belief.Gunakan NLP


Yeeeeeeeeeesssssssssssssss.!!!I Can Do It

* Catitan ini sebenarnya tiada kaitan dengan permohonan aku untuk menaikkan harga makanan di kantin ditolak oleh pihak JPNS,itu nothing bagi aku.bukannya tak boleh meniaga.cuma aku punya kos makin meningkat dan untung memang makin kurang beerti gaji yang diperolehi oleh isteri aku juga makin kurang .

June 27, 2008

Aku Pening!!!

Sebelum 10hb JUN ni ada 6 essei dan 1 PP yang perlu dihantar untuk INCEIF bagi kursus CIFP aku.

Tarikh akhir untuk submit pada 13hb tapi 11 hb aku akan ke Langkawi untuk TeamBuilding opis ni.Pening palo,bahan takde lagi ,urusan pun banyak nak kena setel.Gone gaya ni.Tak hantar kompim fail aku subject ni.Tak susah pun tapi masa yang mencekik diri aku time ni.

Ya Rabb, Give me The Power.

June 24, 2008

Merasai Ketenangan Diri

Daripada Ubaidullah bin Mihsan al-Khatmi katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang berada pada waktu pagi dalam keadaan sejahtera dengan anak isterinya, sihat tubuh badan dan mempunyai makanan untuk hari itu seolah-olah dunia menjadi miliknya. (al-Tirmizi)

Tuan-Tuan,

Ketenangan dalam diri bukan diukur dengan banyak mana harta yang dimiliki dan berapa ramai yang menyokong tetapi sejauh mana hati seseorang merasai ketenteraman jiwa apabila berada di samping keluarga dalam keadaan sihat wal afiat serta sejauh mana dia meletakkan pergantungannya kepada Allah s.w.t..

Kudapan dari dagingsegar.blogspot.com

June 20, 2008

Cerita Motivasi

Impak amat besar kepada keseluruhan cara saya bertindak,berfikir dan memandang kepada kehidupan.Program yang dapat membantu saya mengenali potensi diri dalaman dan luaran. Minda sebenarnya boleh dikuasai untuk mencapai apa jua cita-cita,impian dan kejayaan dalam hidup. Play with your mind!!!

June 19, 2008

Nak Buat Gone Gaya

Tarikh : 19 June 2008

Guru Besar
Nama Sekolah Rohsia
.

Tuan,

Permohonan Kenaikan Harga Makanan Kantin

Merujuk kepada perkara di atas saya sebagai pengusaha kantin di sekolah ini ingin memohon kepada pihak tuan untuk menaikkan harga beberapa jenis makanan.

2.Kenaikan ini terpaksa di naikkan kerana pihak pembekal telah menaikkan harga barang-barang asas seperti tepung,mee kuning,bihun,beras sejak awal tahun ini sehingga hampir mencecah 30% daripada biasa.

3.Kenaikan ini semakin membebankan saya sebagai pengusaha dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini dimana pada waktu yang sama saya tidak boleh berkompromi bagi menyediakan makanan dengan kualiti yang baik dan juga berkhasiat kepada murid-murid seperti yang telah dipersetujui sebelum ini.

4.Antara cadangan harga makanan yang ingin saya naikkan harganya adalah seperti berikut:

Menu: Harga Lama Harga Baru

Nasi Lemak Pinggan 0.60 sen 0.80 sen
Mee Goreng “ 0.60 sen 0.80 sen
Mee Hoon “ 0.60 sen 0.80 sen
Nasi Goreng “ 0.60 sen 0.80 sen
Kuey Teow “ 0.60 sen 0.80 sen

4. Diharapkan pihak tuan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada permohonan pihak saya di atas perubahan ekonomi negara yang sedang berlaku pada waktu ini.

Akhir kata segala kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

…………………..
( TokeyMuda)