Sebenarnya dalam hidup ini kita sering berdepan dengan pelbagai ragam dan mood diri kita sendiri yang sentiasa berubah.Soalannya di sini adakah kita mampu untuk menjadikan diri kita sentiasa positif?adakah caranya?bagaimana?sumbernya darinya mana kalau ada?Quran atau sunnah?ataupun dari tips2 motivasi dan bina diri dunia barat?
Bagi saya semuanya ada dan boleh digunapakai selagi ianya tidak menyalahi aqidah kita sebagai seorang Islam.Yang pasti dengan mengingati Allah itu akan menenangkan hati.Nabi Muhd(p.u.h) pun masa berdakwah sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dugaan dan ujian.Dengan bantuan dan nusrah dari Allah jugalah baginda dapat bersabar dengan pelbagai ujian dan tribulasi tersebut.
Allah telah menerang di dalam Al-Quran bahawa hati manusia ini keras seperti batu ,tetapi Ia juga menjelaskan bahwa walau sekeras mana sekalipun hati tersebut ianya boleh menjadi lembut seperti titisan air yang jatuh keatas seketul batu yang mana lama kelamaan batu tersebut akan meninggalkan bekas akibat titisan air tersebut.
Jadi bagaimana pula dengan hati kita yang sentiasa gelisah ,tidak tenang dan bergelodak dengan segala perasaan yang tidak menyenangkan yang mana istilah modennya di panggil orang sebagai stress.
Apa yang Al-Quran bagitau kita tentang stress?ada ke kat dalam Quran cerita tentang strees? Ayat berapa dan surah apa?mari kita sama-sama kaji ok.
July 16, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
