Hari ni dengan rasminya aku berazam untuk mula memblog dengan lebih serius.Selepas sekian lama aku membaca dan menjengah macam-macam jenis blog sejak tahun 2002 lagi rasanya.Entri/Blog mula-mula yang aku baca,minat dan terus layan time tu blog encikkhairul.Pastu tu aku jumpa pasal tokrimau,sinaganaga geng jurnal.tah macam macam lagi entri yang ada.tak tau kat mana encikkhairul sekarang.last yg aku tau dia dah jadi tenaga pengajar dan tak tau masih meblog lagi ke tidak.tapi entri tu masih ada dan masih segar lagi ceritanya.Aku jugak tidak memblog kerana terpengaruh dengan PRU Mac lalu.Ini sebenarnya lebih kepada hijrah diri.Aku perlu lakukan sesuatu perubahan yang baru setiap hari, minggu dan bulan untuk mencapai dan mengubah hidup aku.Blog adalah sebahagian perancangan yang termasuk dalam pelan hijrah aku tersebut.Ye banyak peristiwa penting yang berlaku selama ini yang tak aku rakamkan.Sekurang-kurang dengan bantuan blog ini aku akan dapat merakam saat-saat bila sesuatu terjadi dan akan dapat kembali di semak suatu hari nanti.Masa kalau dibiar ia tetap berlalu,mungkin sesalan akan timbul bila ianya tak diguna dengan baik.Jadi ketika masa berjalan dan kita menikmatinya tak salah kita merakam masa tersebut dengan tulisan dan juga sedikit catatan.
Wassalam.
TokeyMuda
Wassalam.
TokeyMuda

No comments:
Post a Comment