June 16, 2008

Tan Sri Ke Datuk Sri

Cuba deme baca nama dia ni.

YBhg. Tan Sri Dato' Sri Mohd. Hassan Merican, Pemangku Pengerusi / Presiden / CEO/ Petronas....pergh ada tan sri ada dato` sri .Jangan tanya kenapa ada dua ejaan Datuk Seri dan Dato` Sri.Carik le deme sendiri jawapannya.Juga kenapa nama dia ada Merican.Tak tau suku mana satukan?Kita ada Nasution(suku maindailing) Harahap dan Siregar jugak Maindailing rasenya.Rawa kompom orang Rawa /Rao je yang pakai macam Haji Yusof Rawa dulu tu.Raden ni mesti Jawakan.Ha kalo Daeng tu orang Bugis je yang layak pake.

Banyak lagi le gelaran2 macam ni kadang2 elok jugak di pakai sebagai identiti suku/kaum mana diorg ni datang.so fair le kot untuk rakyat MalayaPura yang memang dari pelbagai etnik dan suku kaum ni.


Yang tukang bagi pingat tiap2 tahun ni memang itu ke je kejenya?lain keje tadak ka?Ampun Tuanku.yang tukang terima pun gamaknya memang suka kumpul koleksi pingat pingat ni kot. Memang MalayaPura ni unik betulkan.

Tapi yang tukang terima toksah le guna seme pangkat deme tu.bukan apa nyusahkan orang lain je nak menghafal segala protokol2 untuk deme semua.Buat nyusahkan orang nak sebut kalo orang tu bercakap dan nyusahkan orang nak tulis dan hafal kalo je kalo orang tu kena menulis.

Itulah yang berlaku kat kawan hari ni bila semua title dia ni tak muat dalam EPG kawan ni...panjang sangat mana nak taruk tajuk perbincangan lagi ,nama dia lagi dan lain2 info yang berkaitan.NyuSahkan Kawan je deme2 ni seme.

+Hanya ALLAH je yang ada 99 nama.
++ EPG tu apa.nanti kawan citer lain kali yek deme.

1 comment:

Anonymous said...

Thanks for writing this.